Tuesday, December 13, 2011

Apabila Umat Islam Lemah dan Berpecah Belah

Inilah akibat kita sesama umat Islam berpecah belah...

Apa tindakan kita?

Kita hanya mampu berdiam diri tanpa sebarang reaksi jelas..

Saturday, December 10, 2011

Sambutan Hebat untuk Azmin Ali! Bravo!!

Nampak puluhan ribu penyokong? Tak nampak?

MARI BELAJAR loghat KEDAH

1. Qhe-ngau = cakar
2. Se-qheyat = reda/ surut
3. Hambat = kejar
... 4. Pe-qhembang = tengok dgn sesungguh hati
5. Contiang = lukis / tulis tah apa-apa
6. Ligan = kejar
7. Cemuih = bosan/jemu
8. Tokak = gigit besar
9. Gey-qhek = basikal
10. Gon/gaun = cerun (bukit kecil)
11. Belemoih = comot/ kotor
12. Tetomoih = tersungkor
13. Ku-tey = cubit
14. Tak dan = tak sempat
15. Hebiaq = celupar
16. Maneh melecaih = tersangat manis
17. Lencun = basah
18. Lokoih = basah kuyup
19. Kawaq = pencuri
20. Kanyaq = mentah (berhingus)
21. Ketegaq = degil
22. He-qhot petot = senget benget
23. Me-qhela = gatal
24. Log laq = cemekap/ cuai
25. Hawing = pusing
26. Punggai = baling/ lempar
27. Tengalong = tuju/ baling
28. Me-qhe-kah = Kupas/ koyak / merekah
29. Ayaq achaq = air longkang
30 .Ha-qhin = hancing
31. Kelepiaq = melibas
32. Kelolo = "tak berapa betoi" / suka buat jokes
33. Hemoi = "muka tak malu"
34. Me-qhe-nyeh = menggatal
35. Dak-aih = tak "matching" / tak mau
36. Hapak pera'e = bau hapak
37. Hijau me-qhe-ngak = telalu "hijau"
38. Celuih = muat
39. Me-qhelit me-qhelap = berkilau- kilau
40. Me-qhe-yup = jauh/ sayup / nak malam
41. Qhem-pang = "tergedik-gedik"
42. Kampoi = kumpul/ kaut
43. Je-qhang = rebus
44. Capoi = celupar
45. Te-qhe-bey = lastik
46. Melo-qhoih = lucut/ gelongsor
47. Me-qho-not = membongkok
48. Sene-qheh = selisih
49. Be-qha-chaq = comot/ kotor
50. Qhembang = gemuk / merembang
51. Pedo = hati-hati
52. Peqhusah = urus
53. Hapuih = tenggelam (lemas)
54. Qhan-dok = redah
55. Se-ghoh = kebah/ kurus
56. Qhen-jong = tinggi lampai
57. Pe-qho-ngoih = panas baran
58. Takek = ketuk/potong
59 Be-qhemba = bersaing/ lumba
60. Qhe-tiaq = ikhtiar/ fikir
61. Ge-qhet = gigit
62. Tahaq = tahan
63. Qha-gaih = panjat
64. Melewaq = merayau
65. Melahaq = kebulur
66. Qha-bat. = naik/panjat
67. Qhim-bok = belasah
68. Mengkelai = berkelahi
69. Cuak = seram / tak sedap hati
70. Juih = mulut muncung
71. Melilau = terhoyong hayang / berjalan-jalan
72. Qhodong = melulu
73. Qhedah = redah
74. Ayaq seqhebat = air sirap
75. Peqhasat = sangat dengki
76. Mandom = lembap / lambat
77. Ceqhoi = sangat cair / lekeh ( untuk anak muda )
78. Tepok = lumpuh / tampar
79. Qha-bit = terkoyak / pecah ( untuk kaca )
80. Kok-ko = dukung
81. Mai = mari
82. Terple'ot = terseliuh
83. Gomoi = bergaduh/ bergusti
84. Ketit = cubit / kena gigit serangga
85. Ga-qhet = gatal/ mengada-ada khas utk pompuan
86. Nala = tersangat / besar
87. Mang-kark = buah tak masak / perangai tak elok
88. Bergenuak = berduyun- duyun / ramai
89. Pediah = habuan
90. Polok = makan penuh mulut
91. Tey-liang = senget / memandang dgn pandangan sisi
92. Qhe-ling = jeling
93. Peng-kaq = kaki tempang
94. Me-qhe-nyut = serabut ( cacing @ semut )
95. Kesot = alih mengesot
96. Lanyau = bersihkan / sejenis binatang kecil
97. Cempong = angkat/ dukung
98. Lekaq = lapik periuk dibuat dari lidi
99. Conek = ekor
100. Depa = mereka
101. Qha-let = leka/cuai
102. Cey-mey = Mata bengkak dek kena pukul / free
103. Bakup = mata layu / mata bengkak
104. Katok = ketuk/pukul
105. Buah ce-qhe-mai = buah cermai
106. Buah qhe-yang-dot = buah keriang besar kat kampung2 dikedah!
107. Ikan ka-qhen. = ikan laga
108. Bijik qhe-mia = warna keunguan
109. Ikan temenung = ikan kembong
110. Sendai = ketatkan/ kemaskan / selak/lapet
111. Ketuat = kutil
112. Mengacom = mengadu
113. Mengkelan = tersangkut makanan
114. Kueh danga = kueh dari kelapa parut, gula dan dibakar
115. Kueh ka-qhas = kueh macam "bihun" / karas
116. Mot = bawak/ muat / bonceng
117. En-jos = exzos
118. Pedai ayam = kunci mangga/padlock
119. Pre-went = sprocket/ freewheel
120. Pe-diaq = rasa macam "colgate" / rasa durian yg tak manis
121. To-qheh = turis/ calar
122. Tungging buyung = "somersault"
123. Ponen = pondan/lembut, waria
124. Kesot = Injak / mengesot
125. Qhamaih = Ramas
126. Boroi = Berperut buncit
127. Kedeqhat = Kudrat
128. Biaq = Biar
129. Qhabat = Panjat
130. Ragaih = Panjat
131. Ghamei = Suka/gembira
132. Terebey = Lastik
133. Keciwi / ciwi = Belagak dgn barang baru beli / syok sendiri
134. Belengaih = Kotor
135. Contiang = Lukis
136. Mengkala = Kalau / seandainya
137. Katik / kemetot = Kecik / kiut miut
138. Celapak = Terkam / lompat
139. Se-gheyau = Takut- takut
140. Mengketedarah = Makan / makan dgn banyak
141. Melahaq = Lapar /Makan
142. Hampa = Mereka / kamu / awak
143. Depa = Mereka
144. Merenyam = Gatal (playgirl)
145. Tak dan = Tak sempat
146. Nyeh = Buang hingus
147. Ghe-nyeh = Senyum nampak gigi ( senyum kambing )
148. Singkiaq = Singkir
149. Keleboq = Selut hitam
150. Pancoq = paip air


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apabila Taksub...

Perhatikan dan nilaikan..

Friday, September 23, 2011

Video Muzik UNDILAH Diharamkan Penyiaran oleh SKMM

Petikan dari MI :
_________________________________________

KUALA LUMPUR, Sept 23 — A video promoting the right to vote has been taken off the air by local broadcasters despite a push for greater democracy because it contains opposition figures and Tengku Razaleigh Hamzah's speech talking about Malaysia having problems.

Apart from Tengku Razaleigh, the 4.38-minute video also features Deputy Education Minister Datuk Dr Wee Ka Siong, Deputy Health Minister Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin and opposition figures Petaling Jaya Utara MP Tony Pua, Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar, Shah Alam MP Khalid Samad and Seri Setia assemblyman Nik Nazmi Nik Ahmad.

Teo confirmed that NTV7 ran the video clip for the first three days of the release and a special interview with those involved, rapper Namewee, actor Afdlin Shauki, director Benji Lim and himself.
_________________________________________

Firasat Cincai : Saya dah menonton video muzik UNDILAH ini, yang melibatkan Namewee (orang yang bertanggungjawab mengutuk azan di dalam lagu Negarakuku) dan pelakon & pengarah saudara Afdlin Shauki.

Lagunya dan liriknya amat menarik sesuai untuk parti2 yang memerintah pusat dan negeri. Jangan lupa 4 negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Apa yang dipertikaikan adalah mengapa video muzik dimulakan dengan keluhan Kuli yang Malaysia mempunyai masalah diulang beberapa kali? Saya percaya ia dimanipulasi oleh penerbit video muzik tersebut. Atau Kita boleh dapatkan penjelasan Kuli di dalam hal ini, apakah keluhan sebenar beliau di dalam proses penggambaran video muzik tersebut, adakah itu sahaja atau pihak penerbit telah menyunting keluhan asal beliau untuk menjadikan satu modal politik pembangkang.

Perkara kedua yang boleh dipertikaikan mengapa video tersebut memaparkan tempat-tempat yang diguna pakai oleh pendemo2 seperti Jalan TAR dan Pudu. Mengapa tidak ditunjukkan tempat masalah di negeri Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor? Dengan pusat maksiat bertopengkan spa di Selangor, pusat gay di Pulau Pinang, pusat pelacuran di Kelantan.. Sepatutnya itu juga disiarkan juga. Oh! Lupa ini adalah video muzik hasil propaganda pembangkang.. :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nik Aziz Ugut Keluar Pakatan Demi Hudud.. Oh! Lawak Tengah Malam Ini

Di bawah adalah petikan dari Malaysia Insider.. Bukan Utusan Malaysia.. Harap maklum... :)

_________________________________________

Nik Aziz tetap mahu hudud, tak peduli pendirian DAP
September 22, 2011

KOTA BARU, 22 Sept — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Nik Aziz berkata beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.

"Saya tetap dengan Islam kerana benda (perkara) ini wujud pada tahun 1950-an lagi dan bukannya benda baru. Berdialog beberapa kali berdialog dah," kata beliau.

"Nak jumpa beberapa kali jumpa dah. DAP dah (pernah) keluar sekali dah, pada masa (gabungan pembangkang dalam) Angkatan Perpaduan Ummah (APU), saya kata 'bye-bye' tak apa.

"Sekarang dia (DAP) masuk balik ... itu dia (DAP) punya pasallah (jika DAP mahu keluar)," kata beliau selepas Majlis Himpunan Kursus Kenegaraan 2011 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Dipetik Bernama Online, Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.

Awal hari ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi katanya ia belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.

Semalam, Nik Aziz menolak pandangan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa keadaan negara ketika ini tidak kondusif untuk melaksanakan hukum hudud itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam itu selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia.

"Kalau tidak mahu (laksana hukum Islam) buat bumi sendiri. Selagi tumpang bumi Allah, agama rasmi adalah Islam. Kalau tidak buat udara sendiri, jangan tumpang udara Allah. Di Kelantan kita jemput semua pemimpin bukan Islam datang dan kita berdialog.

"Kalau DAP berkeras tidak usah, sebelum keras kita berdialog dulu. Kenapa keras tidak mahu berlembut. Tak kena di mana," katanya.

Justeru Nik Abdul Aziz mempersoalkan rasionalnya untuk bertemu DAP lagi semata-mata mahu menjelaskan perkara itu sedangkan parti itu mengetahui PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

_________________________________________

Kita lihat setakat mana? Bukan saya tidak percaya ketegasan MB Kelantan, Nik Aziz.. tapi selepas ini anda nilai sendiri apa akan jadi.. Jika anda membaca artikel di atas tetapi Kelantan belum lagi laksanakan hudud maka terdapat masalah pada MB Kelantan...

P/S : Dah lama dahhhhhh :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, September 22, 2011

Belum Terlambat...

Komunis... Komunis... Komunis...

Tersentak jika orang-orang kampung mendengar, Mat Sabu aka Timbalan Presiden kepada parti PAS mengangkat komunis sebagai wira dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Banyak blog telah huraikan hal ini.. Saya tidak berminat nak meneruskan penjelasan kepada orang yang tidak bersyukur komunis tidak diangkat sebagai wira negara.

Soalan kepada sesiapa yang ingin gelarkan komunis sebagai wira merdeka :

1. Berikan saya satu nama kampung yang komunis beri bantuan makanan dan menjaga kebajikan kampung tersebut.

2. Berikan saya nama orang-orang tempatan dan orang British yang dibunuh komunis dan bandingkan berapa ramai orang tempatan dan British dibunuh?

3. Adakah anda orang yang beragama?

P/S : Pol Pot salah seorang komunis yang telah membunuh bangsanya sendiri seramai 3 juta orang.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Firasat Cincai Kembali

Salam Perjuangan,

Jangan hairan dulunya banyak post kini tinggal 0. Sengaja saya buangkan ke semua post2 terdahulu, mungkin kerana bicara dahulu agak kasar dan beremosi bila menulis blog. Natijahnya Allah SWT saja yang tahu..

Penulisan yang akan datang akan membawa lembaran yang baru dalam merungkai lanskap politik negara dan hal ehwal semasa..

Orang kata kita perlukan cara politik baru, tetapi saya lebih suka gunakan "transformasi politik menjana minda terbuka".

Dalam era politik masa ini, cabaran Barisan Nasional khususnya UMNO muncul dari dalam dan luar parti itu sendiri. Bagi mengukuhkan penguasaan Barisan Nasional pada PRU akan datang, BN harus fokus dalam transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib.

Walaupun begitu, terdapat beberapa isu dan kehendak rakyat Majoriti perlu dipertahankan tanpa melihat prestasi dan kredibiliti BN akan menurun jika tidak mengikut kehendak minoriti khususnya pembangkang yang dibarisi oleh parti2 yang tidak sehaluan ideologinya.

Saya yakin jika parti komponen lain di dalam BN berkerja keras bersama berganding bahu, tidak mustahil kecemerlangan seperti PRU11 berulang kembali. Akan tetapi senario semasa nampaknya hanya beberapa parti komponen saja yang ligat dalam bersiap sedia untuk menghadapi PRU13 ini.

Saya tidak harapkan pembaca bersetuju atau tidak bersetuju dengan penulisan di dalam blog ini.

Inilah firasat cincai saya, hanya memberi secubit rasa dari minda dan hati saya untuk dikongsi bersama.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.