Thursday, September 22, 2011

Firasat Cincai Kembali

Salam Perjuangan,

Jangan hairan dulunya banyak post kini tinggal 0. Sengaja saya buangkan ke semua post2 terdahulu, mungkin kerana bicara dahulu agak kasar dan beremosi bila menulis blog. Natijahnya Allah SWT saja yang tahu..

Penulisan yang akan datang akan membawa lembaran yang baru dalam merungkai lanskap politik negara dan hal ehwal semasa..

Orang kata kita perlukan cara politik baru, tetapi saya lebih suka gunakan "transformasi politik menjana minda terbuka".

Dalam era politik masa ini, cabaran Barisan Nasional khususnya UMNO muncul dari dalam dan luar parti itu sendiri. Bagi mengukuhkan penguasaan Barisan Nasional pada PRU akan datang, BN harus fokus dalam transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib.

Walaupun begitu, terdapat beberapa isu dan kehendak rakyat Majoriti perlu dipertahankan tanpa melihat prestasi dan kredibiliti BN akan menurun jika tidak mengikut kehendak minoriti khususnya pembangkang yang dibarisi oleh parti2 yang tidak sehaluan ideologinya.

Saya yakin jika parti komponen lain di dalam BN berkerja keras bersama berganding bahu, tidak mustahil kecemerlangan seperti PRU11 berulang kembali. Akan tetapi senario semasa nampaknya hanya beberapa parti komponen saja yang ligat dalam bersiap sedia untuk menghadapi PRU13 ini.

Saya tidak harapkan pembaca bersetuju atau tidak bersetuju dengan penulisan di dalam blog ini.

Inilah firasat cincai saya, hanya memberi secubit rasa dari minda dan hati saya untuk dikongsi bersama.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.